Assalamualaikum Waramatullah Hiwabarakatuh
Selamat Datang
Selamat datang ke Laman Blog Pusat Pendidikan Madrasah Tahfiz Taufiqillah. Disini anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan pusat pendidikan ini. Pusat Pendidikan Taufiqillah adalah sebuah pusat pengajian Islam untuk pelajar-pelajar tahfiz lelaki yang berumur dari 6 tahun sehingga 12 tahun. Dimana pelajar-pelajar ini terdiri daripada anak-anak yatim,anak fakir miskin,anak mualaf dan mualaf. Seramai 30 orang pelajar yang mendiami Madrasah ini yang dibimbing oleh beberapa Tenaga Pengajar yang berkelayakan.
LATARBELAKANG PENUBUHAN
Madrasah Tahfiz Taufiqillah mula didirikan pada 24 Okt 2013 dengan sebuah dewan yang menempatkan penginapan pelajar dan tempat kuliah dan memulakan sesi pengajian pada Januari 2014.Keluasan tanah yang digunakan untuk pembangunan madrasah tahfiz taufiqillah ialah seluas lebih kurang 3 ekar.sebahagian daripadanya ialah sumbangan oleh pengasas madrasah tahfiz taufiqillah dan ahli keluarga.
Keluasan banggunan asrama adalah 30 kaki x 75 kaki persegi.Bangunan ini juga menempatkan sebuah bilik warden dan bilik air.Bangunan mampu menampung seramai 100 orang pelajar dalam satu-satu masa.
PERANCANGAN PEMBANGUNAN MADRASAH
Madrasah Tahfiz ini sedang dalam pembangunan untuk mendirikan infrastruktur seperti surau,dewan makan dan tempat penginapan yang lebih baik. Justeru itu pihak pendatbiran Madrasah menyeru kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi mendirikan surau yang memerlukan kos pembinaan sebanyak RM350,000.00
Sumber kewangan yang ada tidak mampu untuk menampung perbelanjaan untuk membina surau.Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi pembinaan surau tahfiz taufiqillah boleh menghubungi pihak pentadbiran atau ke akaun
BANK ISLAM : 02039010071192
(MADRASAH TAHFIZ TAUFIQILLAH)
Pelan perancangan mendirikan surau